Zizie Izette Kongsi Wajah Anak Kembar Selepas Sebulan Bersalin

Anak kembar Zizie Izette iaitu Aadam Zac Izette ( atas) dan adiknya, Aaleph Zeke Izette

HANYA selepas sebulan melahirkan cahayamata kembar lelaki, aktres Datin Zizie Izette buat pertama kali berkongsi wajah serta nama buah hati hasil perkongsian hidup bersama Datuk Bung Moktar.

“Salam dan hello semua… perkenalkan dua hero saya yang berharga, Aadam Zac Izette (gambar bahagian atas) dan adik kembarnya, Aaleph Zeke Izette.

“Gambar ini dirakamkan semasa mereka berusia 20 hari. Alhamdulillah hari ini sudah sebulan sehari mereka dilahirkan.

“Terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen-komen sebelum ini. Semoga Allah merahmati kalian semua,” tulis Zizie pada kapsyen foto yang dimuatnaik di Instagram pada Selasa.