Ziana Zain, Awie, Hattan Dalam Cerekarama AJL 32

Datuk Awie dan Liyana Jasmay dalam satu adegan drama Studio Awie

BERSEMPENA Tahun Baharu 2018 ini slot Cerekarama TV3 juga menampilkan kelainan apabila membariskan telefilem mengikut tema berbeza setiap bulan.

Untuk menghangatkan lagi Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) yang bakal berlangsung Februari depan, slot Cerekarama tampil dengan tema Istimewa AJL bagi bulan Januari dengan penampilan khas finalis Anugerah Juara Lagu terdahulu Datuk Hattan, Ziana Zain, Akim & The Majistret dan juga Datuk Awie sebagai pelakon utama.

Saksikan telefilem lakonan mereka ini setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam. Antara judul cerekarama tersebut ialah Dari Kekasih Kepada Kekasih yang telah disiarkan 6 Januari lepas, Datin Glam (13 Januari), Jodoh Tak Pernah Salah Alamat (20 Januari) serta Studio Awie (27 Januari).

 

SINOPSIS:

DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH

Drama ini menampilkan Datuk Hattan sebagai pemandu lori yang sering menghantar barang dari ibu kota ke Kuala Pilah. Setiap kali dia ke sana, dia akan berhenti di satu tempat memerhatikan bekas kekasihnya, Rita.

Mengimbas kembali sejarah lampau 20 tahun yang lalu, Rita berkahwin dengan abangnya, Zakuan tanpa rela. Perkahwinan mereka gagal, dan dikurniakan seorang anak bernama Amir.

Hattan kecewa membawa diri ke Kuala Lumpur untuk menjadi penyanyi rock tapi gagal. Konflik bermula apabila dia menyelamatkan Rita dan Amir daripada Zakuan yang sering menjadi mengganggu hidup mereka.

Barisan pelakon lain, Sharifah Shahira, Adik Shamim, Aman Graseka, Ropie dan Joey Daud.

 

Datuk Hattan dan pelawak Ropie Cecupak dalam babak menarik drama Dari Kekasih Kepada Kekasih.

DATIN GLAM

Nona ke Kuala Lumpur untuk menjaga sepupunya, Datin Ros yang sedang sakit tenat. Datin Ros berhajat agar suaminya Datuk Kamal mengahwini Nona sekiranya dia tidak ada lagi.

Tidak lama selepas itu, Datin Ros meninggal dunia dan Nona berkahwin dengan Datuk Kamal. Sejak itu, dia belajar mengubah penampilannya menjadi seorang ‘Datin’.

Namun, hubungan Nona dan Datuk Kamal telah dicemburui oleh Datin Zura yang mempunyai perasaan terhadap Datuk Kamal dan merencanakan pelbagai masalah untuk mengganggu rumah tangga mereka.

Pelakon: Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Amyza Aznan, Norlia Ghani, Ku Fridah dan Datuk Chef Wan.

Antara babak menarik melibatkan Norman Hakim dengan Rita Rudaini dalam Datin Glam.

 

JODOH TAK PERNAH SALAH ALAMAT

Luqman pernah mengenali seorang gadis bernama Diana ketika Diana melanggar keretanya dahulu. Diana berpenampilan seksi dan mengamalkan cara hidup barat membuatkan Luqman bersangka buruk terhadap Diana.

Suatu hari, Luqman ke masjid dan terserempak dengan seorang gadis cantik iaitu Adawiyah. Tanpa mengetahui, Adawiyah dan Diana adalah orang yang sama. Diana pernah terlibat dengan kemalangan dan sejak itu hidupnya berubah sepenuhnya.

Pelakon: Akim Ahmad, The Majisret, Raysha Rizrose, Sharifah Shahora dan Adam Shah.

Aksi Akim dalma Jodoh Tak Pernah Salah Alamat.

 

STUDIO AWIE

Awie, seorang eksekutif pentadbiran yang kedekut, hati kering dan pentingkan diri sendiri. Dia seorang duda dan mempunyai anak lelaki bernama Syahmil.

Cita-citanya untuk memiliki motor besar, oleh itu dia membuat kerja sambilan sebagai cikgu vokal selepas waktu kerja di pejabat. Dia dikenali sebagai Cikgu Sado dan menjadi rebutan mak-mak, kakak-kakak pelajarnya dan cikgu di situ.

Cikgu Mawar dan Julia antara orang yang meminati Awie. Perbalahan banyak berlaku untuk mencuri hati Cikgu Sado.

Pelakon: Datuk Awie, Liyana Jasmay, Jasmin Hamid, Puteri Balqis, Muntazar Ghufran dan Ahya Rosli.

Barisan finalis Anugerah Juara Lagu ke- 32 yang bakal berentap Februari depan.

 

TRIVIA AJL:

  • Ziana Zain: Beliau merupakan finalis yang bertanding pada edisi pertama kategori Balada diwujudkan iaitu pada tahun 1992 dengan lagu Madah Berhelah. Beliau juga bertanding pada edisi terakhir kategori ini diadakan pada tahun 2008 dengan lagu Dingin. Beliau juga pernah memenangi kategori Balada pada tahun 1993 dengan lagu Puncak Kasih.
  • Datuk Hattan: Tiga kali melayakkan diri ke peringkat akhir AJL namun tanpa sebarang kemenangan dengan lagu Memburu Rindu, Mahligai Syahdu dan Gadis Jolobu.
  • Datuk Awie: Beliau berjaya mara ke pentas akhir AJL bersama kumpulan Wings. Kumpulan Wings yang layak dengan lagu dua lagu pada tahun 1989 iaitu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila. Manakala pada tahun 1990, Sejati telah memenangi tempat pertama bagi persembahan terbaik dan tempat ketiga AJL.
  • Akim & The Majistret: Dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu 30 dan turut membolot kategori persembahan terbaik menerusi lagu Potret, selepas kecewa tidak dapat melayakkan diri dengan lagu Mewangi yang hanya layak ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 29.