Zahirah Punca Kamal Adli & Emma Maembong Gaduh?

Apa sudah jadi Emma Maembong dan Kamal Adli ?

TIGA tahun menjalin hubungan rapat, baik Emma Maembong dan Kamal Adli tidak pernah mengakui sebagai pasangan bercinta.

Namun Emma ada mengatakan andai ada jodoh, mahu terus sahaja bernikah, tak perlu bertunang dan merisik.

Tetapi semalam, sesuatu yang ‘fishy’ (mencurigakan) tentang hubungan mereka apabila kedua-duanya memuat naik status di akaun Instagram.

“I respect those that tell me the truth, no matter how HARD it is. One lie is enough to question all truths.” Begitu tulisan yang dimuatkan oleh Emma.

Status tersebut mendapat komen positif daripada para pengikutnya meminta agar Emma memaafkan. Siapa yang Emma harus maafkan itu?

Kemudian Kamal Adli pula memuat naik gambar mereka berdua sambil meletakkan kapsyen tertulis Miss Mermaid. Doa yang baik-baik je.

Malahan, Emma ketika ditanya wartawan portal hiburan tentang perkara tersebut meminta agar mencari jawapannya dengan bertanyakan sendiri kepada Kamal dan Zahirah.

Kamal Adli dan Zahirah Macwilson nampak serasi di dalam drama Duda Pujaan Dara

Kamal dan Zahirah dilihat sangat serasi bergandingan di dalam drama Duda Pujaan Dara yang telah selesai tayangannya di Astro Ria, baru-baru ini.

Apa sudah jadi? Sekadar mahu bertanya, apakah Zahirah Macwilson menjadi punca Kamal adli dan Emma Maembong bergaduh?

Bagaimana pula hubungan Zahirah yang dikatakan rapat dengan aktor Zul Ariffin?