Yoochun JYJ Batal Kahwin Dengan Tunang

PELAKON dan penyanyi, Park Yoochun dari kumpulan JYJ menggemparkan dunia hiburan Kpop apabila mengumumkan tak jadi kahwin!

Awalnya, Yoochun berhasrat mendirikan rumah tangga dengan tunangannya, Hwang Hana pada tahun lepas tetapi telah dua kali menundanya!

Kini, hubungan tak dapat diselamatkan, maka Yoochun berterus-terang menjelaskan terpaksa membatalkan perkahwinan.

Khabar tersebut dipetik dari Naver pada 15 Mei, melalui kenyataan seorang kenalan terdekat pasangan tersebut.

“Mereka telah putus. Tak hanya membatalkan perkahwinan tetapi mereka juga bersetuju untuk tidak meneruskan hubungan cinta.

“Tidak pasti apakah alasan mahupun puncanya. Namun, mereka putus dengan cara baik dan tidak bergaduh,” ujar sumber.

Meski tak jadi kahwin, Yoochun dan Hwang Hana akan sentiasa berkawan baik serta saling beri sokongan.

Park Yoochun, JYJ