Yeay! MALAYSIA Ke Final Piala AFF SUZUKI

BEK KANAN Syahmi Safari (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika berdepan Thailand dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi.- AFP

Alhamdulillah… Harapan MANGGA mahu melihat Malaysia ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki menjadi kenyataan.

Menurut Utusan Online, sungguh dramatik kemaraan Malaysia ke final Piala AFF biarpun terikat 2-2 apabila peluang terakhir Thailand untuk memenangi perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok disia-siakan Adisak Kraisorn, malam tadi.

Debaran tersebut hadir pada ketika Malaysia nyaris meraikan kemaraan mereka ke pentas akhir buat kali keempat setelah bola terkena tangan Syahmi Safari sewaktu cuba mengasak tandukan Adisak di udara, membolehkan Thailand dihadiahkan sepakan penalti.

Sama ada gemuruh atau tekanan menyelubungi penyerang tersebut, tendangan penalti Adisak bagaimanapun tersasar jauh ke atas gawang yang dikawal penjaga gol negara, Farizal Marlias sekali gus menutup tirai debaran kedua-dua pasukan.

Satu kegagalan tersebut sudah pasti mencalar rekod Adisak yang setakat ini masih kekal sebagai penjaring terbanyak kejohanan tersebut dengan lapan gol.

Terdahulu, skuad Gajah Perang berada di depan hasil jaringan sendiri pemain gantian, Irfan Zakaria pada minit ke-21 sebelum tujuh minit kemudian bek kanan Syahmi menghidupkan semula harapan Malaysia.

Pansa Hemviboon kemudian meletakkan Thailand kembali di depan pada minit ke-63, namun pemain veteran Norshahrul Idlan Talaha semula meletakkan Harimau Malaya di landasan ke pentas akhir lapan minit berselang.

Malaysia bakal menerima kunjungan sama ada Vietnam atau Filipina dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa depan.- UTUSAN ONLINE

Pemain MALAYSIA yang semuanya bertubuh sedap:

1. Farizal Marlias (GK)
2. Syahmi Safari
3. Aidil Zafuan Abd Radzak
4.  Shahrul Saad
5. Nazirul Naim Che Hashim
6. Akram Mahinan
7. Syamer Kutty Abba
8. Mohamadou Sumareh
9. Norshahrul Idlan Talaha
10. Safawi Rasid
11. Zaquan Adha Abd Radzak (C)
12. Amirul Azhan Aznan
13.  Adam Nor Azlin
14. Syazwan Andik Ishak
15. Shahrel Fikri Md Fauzi
16. Kenny Pallraj
17. Syazwan Zainon
18. Irfan Zakaria
19. Syafiq Ahmad
20. Akhyar Rashid
21. Ahmad Hazwan Bakri
22. Khairul Fahmi Che Mat (GK)
23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK).