Wujudkah Istilah ‘Payung Emas’ Dalam Islam?

Wujudkah Istilah Payung Emas Dalam Islam?

Kita selalu dengar, wanita yang mengizinkan suami berkahwin lain akan dikurniakan payung emas di akhirar nanti.

Benarkah ada istilah payung emas dalam Islam dan apakah sebenarnya yang dikatakan ‘payung emas’ itu?

Untuk itu, pendakwah terkenal Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ada jawapannya.

Ini jawapan Datuk Dr. Mashitah:

“Secara jujur saya belum pernah  lagi bertemu  dengan nas hadis sahih menceritakan tentang payung emas. Masyarakat sekadar mendengar kata-kata bahawa isteri yang sanggup berpoligami akan mendapat payung emas di akhirat.

“Jujurnya tiada hadis yang pernah saya temui. Oleh itu, bila tiada bas yang sahih, saya katakan ia hanya pandangan sesetengah orang sahaja dan tiada istilah tersebut dalam agama. Wallahualam.”

Daripada penjelasan ini, janganlah suami di luar sana menggunakan alasan payung emas agar isteri mengizinkan kahwin lain. Tepuk dada tanyalah iman ya!

Jangan lupa dapatkan buku soal jawab Fitrah Wanita bersama Datuk Dr. Mashitah Ibrahim