Won Bin Dah Tak Laku?

SEJAK tahun lepas apabila mengahwini Lee Na Young, nama aktor Won Bin senyap, bagaikan menghilang begitu sahaja.

Padahal, Won Bin merupakan antara aktor popular yang mendapat tempat di hati masyarakat melalui lakonan berkarakter.

Lama tidak berlakon drama mahupun filem, Won Bin ternyata lebih banyak mempromosikan produk selaku duta.

Setelah sekian lama, akhirnya Won Bin membuat kemunculan depan khalayak di Seoul, Korea Selatan, 3 Julai, baru-baru ini.

Acara meet & greet aktor anak satu itu bersama para peminat tersebar meluas di media sosial dengan mendapat banyak kritikan pedas.

“Kasihan melihat Won Bin saat ini. Penampilannya benar-benar seperti aktor yang tak laku lagi,” komen seorang netizen.

Komen lain menyebut,”Setelah bertahun-tahun menghilangkan diri, muncul kembali dengan penampilan yang macam tidak terurus.”

Dari kebanyakan komen tersebut menggambarkan netizen menganggap Won Bin sudah tak laku.

Dia hanya meneruskan kehidupan sebagai duta produk, bukanlah sebagai pelakon yang menjadi buruan ramai.

“Atau mungkin Won Bin sudah lupa cara-cara menjadi pelakon hebat? Kerana dia lebih sibuk mempromosikan produk selaku duta.

“Nampaknya, dia macam lebih sibuk juga mengurus isteri dan anak,” kritik satu lagi netizen di media sosial.