Wan Maryam Nama Anak Fizo & Mawar

COMELNYA zuriat sulung pasangan selebriti, Fizo Omar dan Mawar Karim. Buat pertama kali pelakon, pengacara dan pengusaha itu memuatnaik gambar bayi mereka di media sosial.

“Hari ini genap dua minggu usia anak kami yang diberi nama Wan Maryam Wan Hafizol.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami selama ini,” tulis Fizo yang sudah semestinya sangat teruja bergelar bapa setelah menanti selama empat tahun hasil perkongsian hidup dengan pemilik rangkaian tudung Fareeda itu.

Bayi comel ini lahir secara pembedahan di sebuah hospital swasta ibu kota pada 29 Disember.