WAFA Abdul Kadir Meninggal Dunia Kerana Kanser

Wafa Abdul Kadir dalam kenangan. Al- Fatihah

Innalillahiwainnailaihirajiun.. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita pulang.

Pelakon era 90-an Wafa Abdul Kadir, 52, meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya sekitar pukul 1.00 pagi tadi.

Allahyarham mengidap kanser peritoneal, sejenis kanser yang jarang berlaku dan kanser ovari sejak 2014.

Pada 2 Mac lalu, Allahyarham dibawa ke Institut Kanser Negara (IKN) untuk mendapat penjagaan rapi.

Pada 7 Mac, anak Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib itu dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarganya.

Wafa meninggal dunia di samping suaminya, Tajul Faizal Tamimudin dan ahli keluarga yang lain.

Menurut Gondang Online, pada 2014, Wafa disahkan mengidap kanser ovari dan terpaksa menjalani pembedahan membuang ovari, rahim, ormentum dan tiub falopio setahun selepas itu.

Sejak 2016, Allahyarham sudah menjalani lebih 18 pusingan rawatan kimoterapi dan disahkan menghidap kanser peritoneal tahun lalu.

Jenazah selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10:00 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor tadi.