{VIDEO} Pergi Pasar Pun Orang Dah Kenal Kugiran Masdo

KELAINAN yang diberikan Kugiran Masdo, menjadikan kumpulan ini meraih perhatian yang bukan sedikit sejak ditubuhkan pada awal tahun 2015.

Menjadikan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai idola, kumpulan yang dianggotai Ali Sariah (vokalis), Putuceri (gitar bes), Mawi (gitar) serta Ambobzeela (dram) semakin popular di arus perdana.

Asalnya dikenali sebagai The Lipstick tetapi ditukar kepada Kugiran Masdo iaitu sebuah band yang memainkan muzik pop berasaskan muzik era 1960-an dan digubah mengikut cita rasa masa kini.

Antara lagu popular, Teruna Dara, Malam Pesta Rock and Roll, Berchanda dan Bunga. Kugiran Masdo ditemubual videografer, Nooreeza Hashim untuk Mangga TV.