USTAZ RADZI MELISSA Meninggal Ketika Dakwah Di Pentas

Bekas vokalis kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi meninggal dunia ketika sedang berdakwah. Gambar kanan: Allahyarham sewaktu aktif bersama Melissa

Allahuakbar.. Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi Abdul Hamid meninggal dunia ketika berdakwah melalui lagunya dalam persembahan di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pukul 10.30 malam tadi.

Menurut Gondang Online, Ustaz Radzi dikatakan sesak nafas akibat kekurangan oksigen semasa beraksi. Arwah tiba-tiba rebah di pentas ketika baru sahaja memulakan persembahan dengan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock.

Ustaz Radzi (kanan sekali) ketika bersama Kumpulan Melissa

Ustaz Radzi sudah lama berhijrah dan berdakwah menerusi muzik dan nyanyiannya.

Memetik luahan seorang rakan Allahyarham, Ayob Abdul Majid, Ustaz Radzi menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menyampaikan dakwah.

“22 Disember 2018 .. Innallilahi Wainailaihi rojiun … gambar terakhir jam 8. 00 malam. saya bersama Allahyarham  Ustaz Radzi Melissa. Ustaz menghembuskan nafas terakhir dalam lingkungan jam 11:15 / 11:20 malam akibat kekurangan oksigen. Jatuh di pentas hanya beberapa saat lagu pertama dan dibawa terus ke bilik untuk diberi rawatan kecemasan dalam jam 10 lebih.

“Niat beliau berdakwah dalam lagu malam ni. Jangan pandang siapa dia tapi kita lihat kepada amalan beliau. Al Fatihah,” Luah Ayob.

Sedikit info, kumpulan rock Melissa pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Wajah Mu Dimata Ku, Hamparan Kasih, Memikat Cahaya dan banyak lagi.

Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham Ustaz Radzi ditempatkan dalam golongan orang beriman. Amin…