Uqasha Senrose Lulus Ujian Urin, Dadah Milik Siapa?

SEHINGGA pagi ini masih belum ada sebarang penjelasan mengenai gambar aktres Uqasha Senrose yang tersebar ketika dibawa ke balai polis setelah didapati berada dalama keadaan khayal setelah melanggar kenderaan seorang lelaki berbangsa Cina di Taman Tun Dr Ismail, awal pagi semalam.

Namun saringan ujian urin terhadap pelakon filem Hantu Kak Limah 2 itu didapati negatif.

Namun persoalannya ialah, dadah jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji yang didapati dalam kenderaan aktres  Kelantan itu, milik siapa sebenarnya?

Uqasha bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut laporan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dadah yang ditemui tersebut dianggarkan bernilai RM660. Kes tersebut bakal dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah