Tubuh Sedap RAEZ ALIDID Buat Ramai Bernafsu

Raez Alidid pandai tepis godaan seks

Pelakon baharu kacak bertubuh sedap, Syed Shahrul Shafiq, 24,  atau nama glamornya Raez Alidid mengaku ramai yang menggodanya dan menawarkan kemewahan hidup.

Pendek kata, ada orang kaya yang mahu jadikannya sebagai ‘anak ikan’ dengan Syarat melayan apa sahaja yang dimahukan oleh individu tersebut.

Maklumlah.. Orang kacak, tinggi, bertubuh sedap dan manis senyuman, pasti ramai yang tergoda kan?

Raez tidak mudah digoda untuk seks

Cerita Raez Alidid, “mungkin ada artis sama ada lelaki atau perempuan yang suka mengambil jalan mudah untuk hidup senang buat sementara.

“Apabila ditawar kemewahan, mereka sanggup terima kerana tidak mahu bersusah payah bermula dari bawah. Biarlah.. Itu hak masing-masing.

“Saya sendiri akui memang ramai yang sanggup ‘tabur’ kemewahan kepada saya asalkan boleh melayan kehendak nafsu mereka.

“Namun saya bukanlah jenis sebegitu. Bagi saya, kalau mahu berjaya dalam apa yang diceburi, usahakanlah ke arah itu sedaya mungkin. Memang perlukan pengorbanan kerana tidak mudah untuk berjaya, tapi kita rasa puas.

“Saya mahu orang kenal saya melalui bakat dan usaha saya sendiri. Bukan dengan tajaan mewah.

Raez Alidid mahu bermula dari bawah

“Lagi pun sampai bila kita nak harapkan tajaan orang lain yang dengan mudahnya boleh mencari orang lain apabila puas dengan kita. Pasti akan ada orang lain yang mereka cari.

“Apabila ada yang goda atau pujuk, saya tolak dengan cara baik. Dalam masa yang sama saya tak mahu bergaduh dengan sesiapa pun. Dunia ni kecil saja.”

Luah Raez Alidid yang lebih selesa untuk merahsiakan siapa yang menggodanya itu. Dia tidak mahu timbul pergaduhan dan selesaikan secara baik.

Merajuk Ke Indonesia?

Raez Alidid yang sebelum ini popular menerusi drama Mr. Grey, Ayah dan Di Penghujung Sujud ini juga sedang mencuba nasib di Indonesia. Merajuk dengan industri seni di Malaysia ke?

“Tak dinafikan, sekarang saya cuba mengintai peluang  berlakon di Indonesia. Bukan sebab merajuk tau. Tapi, rasanya tak salah kalau saya nak cuba nasib di negara orang.

“Saya ada bertemu dengan beberapa pengarah dan produser di sana untuk mencuba nasib dalam lakonan dan modeling.

Raez tolak tawaran jadi ‘anak ikan’ kepada orang kaya

“Bila ada kenalan di sana, jadi tidaklah terlalu sukar untuk saya bertemu dengan orang-orang dalam industri di sana. Doakanlah agar saya ada rezeki di sini ya!

“Insya Allah.. Saya berazam suatu hari nanti mahu jadi pelakon yang berjaya, popular dan disegani. Saya mahu balas jasa mak ayah dan kalau ada duit lebih nak kahwin. Haha..”

Baguslah tu. Jangan sampai termakan budi orang. Bermula dari bawah perlahan-lahan, insya Allah pasti ada rezeki. Amin…

MANGGA doakan Raez Alidid  terus sukses! Amin… Amin…

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media
Foto: instagram @raez_alidid