Tubuh Sedap… ADY FAKARUDDIN Diajak Seks!

Susah juga kalau bertubuh sedap ni kan? Kacak pula tu… Itulah nasib pelakon tubuh sedap Ady Fakaruddin yang berhadapan dengan pelbagai godaan termasuk diajak ke ranjang.

Maklumlah.. Bila hadir dengan pakej menarik, ada saja yang datang menghimpit dan mahu ‘menaja’ kehidupan Ady dan semestinya sebagai balasan.

Pendek kata jadi ‘anak ikan’ gitu…

Ady Fakaruddin tak mahu layan godaan seks kerana mahu fokus kerjaya.

Cerita Ady Fakarudin, “tidak dinafikan saya memang berhadapan dengan godaan-godaan sebegitu. Itulah agaknya dugaan saya sebagai artis baru nak meningkat naik kan!

“Sudah pasti saya tolak godaan tersebut kerana mahu berjaya dari bawah dan bukannya guna jalan mudah untuk hidup selesa. Kalau harapkan duit orang, tentu tak ke mana pun.

“Saya tepis godaan dengan cara baik dan masih berkawan dengan mereka. Kalau mereka mahu lebih daripada itu, saya minta maaf awal-awal.

“Kalai boleh saya tak mahu ada masalah dengan sesiapa pun.”

Luah Ady Fakaruddin yang semakin laris di pasaran.

Ady Fakaruddin masih single dan mahu gadis yang tidak cerewet

Sambungnya, “saya baru selesai shooting untuk drama Rahsia Hati (RTM) dengan watak sebagai Irfan.

“Tak lama lagi, saya juga akan muncul dalam drama Dian (NTV7), bawa watak sebagai Andy.”

Jelas Ady yang juga seorang Konsultan Unitrust.

Pasal cinta, Ady mengimpikan gadis yang menghormati orang tua, memahami, mempunyai naluri keibuan, tidak cerewet dan manja.

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media