I Tried, You didn’t, I’m done, Have Fun : Baim Wong Tak Jadi Kahwin?

Tulisan yang dimuatnaik oleh Baim di Instagram yang kemudiannya dipadam

 

PELAKON Elfira Loy yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Baim Wong, 36, telah selamat bergelar tunangan penyanyi Sufian Suhaimi.

Namun, berbeza pula khabar dari negara jiran mengenai sahabat baik Elfira itu. Kini heboh menjadi tanda-tanya apakah hubungan Baim dengan pacar baharunya sudah putus?

Dalam kerancakan Baim keliling kota menguruskan pembukaaan rangkaian kedai mi dan kek yang diusahakanya, timbul khabar kurang enak mengenai hubungan cintanya dengan Vebby Palwinta, gadis berusia 15 tahun lebih muda daripadanya.

“I Tried. You didn’t. I’m done. Have Fun,” begitu tulisan yang dimuatnaik Baim di akaun Instagramnya tetapi kemudian dipadam.

Baim dan Vebby yang baru beberapa bulan mengakui hubungan cinta turut berkongsi perancangan untuk segera mendirikan rumah tangga.

Ditemui media Indonesia, Baim terus bungkam daripada menjelaskan perkara sebenar.” Di masa akan datang, saya akan mengajak ramai teman artis terlibat dalam bisnes jualan langsung.

“Pertanyaan tentang bisnes sahaja akan saya jawab, bukan hal peribadi. Terima kasih,” jawab Baim.

Jadi gimana ini Baim, putus atau ngak?

Bagaimana hubungan Baim Wong dengan Vebby? Putus atau tidak?