Tragis! 5 Penyanyi Mati Kena Tembak!

John Lennon

BUKAN satu hal luar biasa kes tembak melibatkan penyanyi terkenal antarabangsa di mana pelakunya adalah peminat fanatik sendiri. Berikut antara 5 penghibur yang mati kena tembak:

 

  • John Lennon mati kena tembak oleh peminat fanatik pada 8 Disember, 1980 dengan lima das tembakan dilakukan oleh Mark David Chapman di lorong pintu masuk kediamannya di Dakota, Manhattan, Amerika Syarikat.

Ketika itu, Lennon yang ditemani isterinya berketurunan Jepun, Yoko Ona, pulang dari syarikat rakaman Record Plant Studio. Lennon dikejarkan ke St. Luke’s-Roosevelt Hospital Center tetapi nyawanya tidak dapat diselamatkan di usia 40 tahun.

  • Tupac Shakur meninggal dunia secara tragis pada 1996. Rapper tersebut ditembak saat menyaksikan pertandingan antara Bruce Seldon vs Mike Tyson.

Tupac mati ditembak dalam kereta yang dinaikinya di jalan raya Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat. Kesan tembakan memenuhi bahagian dada kiri, lengan dan pahanya. Dia mati serta merta di usia 25 tahun. Sehingga kini, misteri pembunuhan Tupac masih hangat dibincangkan walau setelah 22 tahun.

  • Christina Grimmie mati ditembak pada 1996 di Orlando, Amerika Syarikat saat di atas pentas berdepan para penggemarnya. Sayangnya, seorang pelaku bernama Kevin James Loilb yang menyamar peminat mengeluarkan senjata api lantas menembak penyanyi wanita tersebut. Pelaku tersebut kemudiannya mati setelah menembak diri sendiri.

  • Notorious B.I.G. atau nama asalnya, Christopher George Latore Wallace jugamati kena tembak pada 1997. Kisah kematian yang dialami rapper bertubuh besar ini seperti dalam filem aksi. Beliau ditembak beberapa kali oleh individu tidak dikenali di Los Angeles, Amerika Syarikat, semasa kenderaan dinaiki rapper ini berhenti di depan lampu isyarat. Ketika itu seorang individu berpakaian serba hitam menembak empat das dan Notorious B.I.G. sempat dikejarkan ke hospital, namun akhirnya mati di usia 24 tahun akibat luka tembakan pada hati serta jantung.

  • Marvin Gaye ditembak hingga mati oleh bapanya sendiri, Marvin Gaye Sr, pada 1984. Saat itu, Marvin Gaye tengah berbual-bual dengan ibunya, tiba-tiba si bapa meluru ke arahnya sambil melepaskan tembakan. Hanya dengan sekali tembakan, tepat mengena bahagian jantung penyanyi kulit hitam tersebut. Ia berpunca gara-gara pertengkaran Marvin dengan bapanya sebelum kejadian. Beliau mati di usia 44 tahun.