Tora Sudiro Ditahan Polis Miliki 30 Biji Ubat Terlarang

Tora Sudiro semasa dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan setelah ditahan di kediamannya pada Khamis, 3 Ogos

MASUK hari keempat hari ini, aktor terkenal Indonesia, Tora Sudiro masih berada dalam tahanan polis di Jakarta Selatan.

Khamis lepas, 3 Ogos bintang filem Warkop DKI Reborn Part 2 itu ditahan pihak polis bersama isterinya Mieke Amalia atas dakwaan memiliki kira-kira 30 biji ubat jenis Demolid.

Bagaimanapun isterinya telah dibebaskan dari tahanan. Pasangan ini ditahan pihak polis di kediaman mereka di Bali View, Ciputat.

Demolid merupakan sejenis ubat penenang yang dimanfaatkan dalam mengatasi gangguan tidur, masalah berat badan serta gangguan panik.

Setelah ditahan, Tora Sudiro menjalani  kesihatan di BNN, Cawang, Jakarta Selatan.

“Makasih… makasih (terima kasih), saya cuma kangen (rindu) anak saya,” ujar Tora ketika dikerumuni pihak media semasa penahannnya.

Berada dalam tahanan, Tora tidak putus-putus menerima kunjungan sahabat selebriti serta para peminat.

Bahkan, timbul hashtag #sayabersamatora sebagai tanda sokongan terhadap aktor berusia 44 tahun ini.

Tora Sudiro memakai topeng muka semasa dalam tahanan polis

Pengambilan berlebihan ubat jenis Dumolid itu boleh mengakibatkan kesan buruk antaranya, depresi, gangguan emosi, mengantuk berlebihan, gangguan ingatan, penurunan tekanan darah serta gangguan pernafasan.

Tora mempunyai tiga anak iaitu dua anak daripada perkahwinan pertama dengan Anggraini Kadiman (1999–2009) bernama Azzahra Nabila Sudiro dan Nayara Kanahaya Sudiro.

Dengan isterinya sekarang yang dikahwini pada 2009, mereka dikurniakan seorang anak, Jenaka Mahila Sudiro.

Tora Sudiro rindu anak-anak

Tora pernah memenangi Piala Citra di Festival Filem Indonesia 2004 dari filem Arisan melalui karakternya sebagai lelaki homoseksual.

Sinetron popularnya, Tukang Bubur Naik Haji The Series (2014) serta sitkom Extravaganza.  Lain-lain filem popular antaranya, Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 1, Nagabonar Jadi 2, Cinlok dan Arisan 2.

Ubat jenis Dumolid jika diambil berlebihan boleh mengakibatkan kesan buruk pada tubuh dan kesihatan