Tom Cruise Pertaruh Nyawa Atas Pesawat

WALAUPUN banyak pendapat pro dan kontro mengenai filem The Mummy lakonan Tom Cruise dengan membandingkan filem versi Brendan Fraser, aktor duda tersebut berdepan cabaran filem baharu lain, American Made.

Pengarah American Made, Doug Liman dalam satu temu bula dengan Yahoo Movies mendedahkan kredibiliti Tom Cruise yang sanggup mempertaruh nyawa bagi beberapa adegan bahaya filem tersebut.

“Tom Cruise dalam satu babak perlu memanjat pesawat saat terbang rendah. Ketika itu beliau perlu berada lama di atas pesawat dan tiada seorang pun membantunya dari dalam kokpit.

“Ini babak yang sangat menakutkan dan merbahaya tetapi Tom melakukannya sendirian tanpa bantuan. Tetapi dia berjaya melakukannya dengan baik,” ujar pengarah tersebut.

American Made mengisahkan Tom Cruise sebagai pilot yang membantu pihak CIA dalam menjalankan operasi rahsia.

Ini kolaborasi terbaharu Tom Cruise dengan Doug Liman setelah filem Edge of Tomorrow. American Made dijangka tayangannya pada September depan.

Pengarah filem American Made, Doug Liman