“TOK RAM dan FAIZAL TAHIR Sangka Saya AYU DAMIT” – MISS BEAUTY

Ramai yang cakap Miss Beauty ada iras wajah Ayu Damit. Apa kata anda pula?

Sebelum ini MANGGA ada paparkan kisah seorang maknyah seiras pelakon Amyra Rosli.

Sekarang ada peminat namanya Miss Beauty mengaku sering dikatakan seiras penyanyi Ayu Damit.

Miss Beauty peminat setia Ayu Damit

Cerita Miss Beauty, “sebenarnya sudah beberapa tahun ramai kawan terdekat berpendapat saya ada iras penyanyi Ayu Damit. Tapi saya anggap mereka bergurau kerana mereka tahu saya peminat setia Ayu Damit.

“Namun, apabila ramai orang luar (bukan kawan) panggil saya Ayu Damit dan mahu bergambar. Saya mula tertanya-tanya, betul ke saya seiras Ayu Damit?

“Dulu saya selalu menafikan setiap kali orang panggil saya Ayu Damit tapi ada sesetengahnya tidak percaya. Jadi, saya sukar nak menolak apabila ada yang ajak bergambar. Nanti dikatanya sombong pula.

“Paling kelakar, apabila Tok Ram (nama panggilan pengarah muzik Datuk Ramli MS) dan penyanyi Faizal Tahir sangka saya ni Ayu Damit. Haha…

“Macam ini ceritanya, beberapa tahun lepas saya bekerja di sebuah salon di Shah Alam, kebetulan ada Faizal Tahir datang untuk memotong rambut.

“Dia tanya saya, ‘Ayu, buat apa kat sini?’ Saya gelak saja dan jelaskan yang dia tersilap orang.

“Begitu juga dengan Tok Ram, dia pun ingat saya ni Ayu Damit ketika kami terjumpa dia di acara konsert Gegar Vaganza baru-baru ini. Malah kawan-kawan wartawan pun ada yang cakap saya ada iras Ayu Damit.

Faizal Tahir dan Datuk Ramli MS

“Apa yang boleh saya cakap, jauh beza sebenarnya saya dan Ayu Damit. Mungkin ada sisi saya yang menampakkan saya seperti Ayu Damit sebelum berhijab dulu. Sekarang dia sudah menutup aurat.

“Mungkin juga teknik mekap yang saya gunakan membuatkan mereka keliru kut!

Ayu Damit antara penyanyi yang mempunyai suara mantap dan power! Tak sabar tunggu lagu baharu Ayu kan?

“Apa-apa pun saya harap Ayu tidak marah bila dia baca artikel ini. Saya cuma berkongsi pengalaman saya kepada pembaca MANGGA.

“Sejujurnya saya sangat menghormati Ayu Damit kerana suaranya bertaraf antarabangsa. Dari dulu sampai sekarang, suaranya bagus malah makin hebat!

“Saya doakan Ayu terus sukses. Amin..”

Begitulah cerita Miss Beauty yang berharap Ayu Damit muncul dengan lagu baharu.

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media
Youtube: Mangga TV