Timothee Chalamet & Seks Sejenis Dalam Call Me By Your Name

Timothee Chalamet popular gara-gara watak lelaki homoseksual dalam Call Me By Your Name.

MESKI tewas kepada Gary Oldman (filem Darkest Hour ) bagi merebut trofi Pelakon Lelaki Terbaik Academy Awards ke-90 baru-baru ini, namun satu dunia sudah memberi perhatian kepada pelakon muda, Timothee Chalamet, 22.

Isu mengenai Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LBGT) yang menjadi tema jalan cerita filem Call Me By Your Name, membuatkan nama Timothee mendadak naik.

Call Me By Your Name berkisar tentang remaja dari Itali,    Elio (lakonan Timothee Chalamet) yang jatuh cinta dengan Oliver (Armie Hammer) yang datang ke Itali bagi membantu datuknya.

Tema LGBT sekaligus adegan panas hubungan seks sejenis yang digambarkan dalam filem tersebut awlanya sangat berat diterima aktor berbadan sado, Armie.

Namun berbeza bagi Timothee yang meluahkan tiada sebarang keraguan atau rasa takut melakonkan adegan ranjang sesama lelaki!

“Sebagai pelakon, tidak seharusnya ragu memilih karakter sedemikian. Bukan hubungan seks yang harus ditakutkan, tetapi emosi mahupun tekanan daripada orang sekeliling terhadap filem tersebut.

“Tiada penjahat atau karakter antagonis dalam filem ini. Mesej utama yang ingin disampaikan ialah setiap manusia memerlukan kejujuran dalam emosi dan percintaan,” jelas Timothee.

Aktor yang dikenali menerusi filem Interstellar ini terus mendapat banyak pujian gara-gara keberanian karakter lelaki homoseksual.

Pemuda asal New York ini berkorban masa dan tenaga mempelajari bahasa Itali demi menyerlahkan karakter lelaki homo bernama Elio.

“Enam bulan sebelum masuk set penggambaran di lokasi bahagian Utara Itali, saya menghabiskan waktu di sana dengan belajar bahasa Itali, bermain gitar dan piano.

“Jumpa pula Armie, kami habiskan masa dengan berbasikal bagi mendapat keserasian,” ujarnya.