Tidak Lagi Sebumbung, Rumah Tangga David Beckham & Victoria Di Hujung Tanduk?

David dan Victoria Beckham sudah 19 tahun berkahwin dan memilik empat anak

 

SELEPAS kontroversi perkahwinan Brad Pitt dan Angelina Jolie tahun lepas, kini tempiasnya mengena pula kepada pasangan hangat, David Beckham, 43, dengan Victoria Adams, 44, (Victoria Posh Beckham).

David dan Victoria atau Posh Spice, berkahwin di Luttrellstown Castle, Irlandia, pada 1999 setelah dua tahun menjalin hubungan. Mereka dikurniakan tiga putera, Brooklyn, Romeo dan Crus serta seorang puteri, Harper.

Kini khabarnya, rumah tangga pemain bola sepak dan anggota kumpulan Spice Girls itu berantakan akibat sering bertengkar dan berbalas pendapat. Mereka dilaporkan sudah tinggal berasingan, seperti petikan dari The Hollywood Life, Khamis, 8 Februari.

David dilaporkan berpindah ke Miami, Amerika Syarikat tanpa isteri dan anak-anaknya. Victoria dikatakan marah kerana menganggap suaminya egois dan tidak mementingkan keluarga.

“Victoria hanya ingin tinggal di London bersama suami dan anak-anaknya. Dia tak mahu tinggal berjauhan dengan suaminya,” jelas satu sumber.

Lain pula penjelasan David yang mengaku bosan dengan kesibukan kerja Victoria menguruskan bisnes jenama pakaiannya.

“David benar-benar kecewa, Victoria sangat sibuk dengan bisnes pakaian miliknya hingga tak ada waktu untuk dirinya dan keluarga.

“Itu menyebabkan David jadi lebih sering berada luar rumah berpesta bersama kawan-kawannya. Dia menganggap sudah tiada lagi romantis dalam rumah tangga disebabkan kesibukan isterinya,” ujar sumber sama.

Bersama anak-anak, Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper

Bisnes jenama pakaian Victoria sebelum ini pernah dikatakan mengalami kerugian sekitar RM50 juta dan itu antara alasan mengapa beliau bersetuju menyertai persembahan reunion Spice Girls setelah 24 tahun, bersama teman-temannya.

Spice Girls yang mula ditubuhkan pada 1994 turut dibarisi bintang popular,  Melanie Brown (digelar Scary Spice), Geri Halliwell (Ginger Spice), Emma Bunton (Baby Spice) dan Melanie Chisholm (Sporty Spice).

Kumpulan yang dibentuk bernaung di bawah Virgin Record ini mengeluarkan album perdana berjudul Wannabe pada 1996 dengan lagu judul sama bertahan sehingga tujuh bulan dalam UK Single Chart.

Lain-lain lagu popular, Say You’ll Be There, 2 Become 1, Mama, Spice Up Your Life, Too Much, Stop, Viva Forever serta Goodbye.

Spice Girls berhasil mengeluarkan tiga album studio dengan penjualan melebihi 55 juta unit di seluruh dunia.  Mereka aktif sehingga 2001 sebelum bubar membawa haluan masing-masing.

Wajah terbaharu Spice Girls, Victoria (kiri), Mel C, Geri, Emma dan Mel B

ALBUM:

-Spice (1996)

-Spiceworld (1997)

-Forever (2000)

-Greatest Hits (2007)

 

KONSERT JELAJAH:

-Spiceworld Tour – 1998

-Christmas in Spiceworld – 1999

-The Return of the Spice Girls – 2007/2008