Tidak Lagi Jomblo, Siti Badriah ‘Lagi Syantik’ Harap Dapat Nikah Tahun Depan

Siti Badriah kini sudah menempatkan namanya antara penyanyi gred A Indonesia, gara-gara populariti lagu Lagi Syantik.

BARANGKALI berkat populariti lagu ‘Lagi Syantik’, Siti Badriah kini sudah tidak menjomblo (tanpa kekasih) lagi.

Kebahagiaan tengah menyelimuti kehidupan penyanyi dangdut yang meraih jumlah tontotan lebih 200 juta di Youtube itu.

Penyanyi dangdut Indonesia yang dikatakan persis wajah Ayda Jebat itu dikatakan sedang menjalin asmara dengan model kacak bernama Krisjiana. Mereka juga sering berlibur bersama dan tidak menyembunyikan kemesraan di media sosial.

“Kami dikenalkan oleh seornag teman dan sejak itu kami serasi. Dia pria yang menyenangkan. Dia lelaki baik, jadi saya terima dirinya seadanya, begitu juga dia.

“Sejak dua tahun jomblo, saya akui ramai lelaki mahu mendekati. Tetapi entah mengapa dengan Krisjiana hati saya terpikat.

“Dia sudah bawa saya jumpa keluarganya. Tentang hubungan selanjutnya, saya berserah pada Tuhan. Saya juga minta orang ramai doakan yang baik-baik dan berharap kali ini dapat bernikah.

“Kalau ada jodoh, harap dapatlah bernikah tahun depan,” ungkap Siti Badriah kepada wartawan.