Tiara Jacquelina Bawa Ola Bola Ke Istana Budaya

Kumpulan Enfiniti peneraju hiburan di Malaysia mengumumkan produksi terbaharunya, OlaBola The Musical. Diarahkan oleh produser yang memenangi anugerah dan pendokong seni persembahan Tiara Jacquelina, teater muzikal ini bakal dipentaskan di Istana Budaya dari 22 Februari hingga 22 Mac 2018.

OlaBola The Musical adalah produksi asli terbaharu Enfiniti susulan kejayaan Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee The Musical dan MUD: The Story of Kuala Lumpur.

Sebagai jaguh dalam penceritaan kisah-kisah Asia kepada khalayak dunia, Enfiniti sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan produksi inovatif berkelas dunianya.

Muzikal ini akan menjadi peristiwa penting bagi Enfiniti kerana pengasasnya, Tiara Jacquelina bakal buat julung kalinya, berperanan sebagai Pengarah bagi produksi yang sangat dinanti-nantikan ini.

“Sekalung pujian kepada Chiu Keng Guan yang telah membentuk cerita indah ini ke layar perak dan secara teliti menggambarkan semula bagaimana negara ini berhimpun dan bersatu di belakang pasukan Harimau Malaya.

“Didorong oleh semangat filem ini, saya melihat peluang untuk membawa OlaBola ke pentas hidup untuk negara kita merasai semula dan mengalami pengalaman kisah Malaysia ini yang begitu mengisnpirasikan.

“Ini adalah satu daripada kisah seumpamanya yang harus dikongsi lagi dan lagi untuk berterusan memberi inspirasi kepada audiens baharu dan negara secara lebih meluas,” kata Tiara Jacquelina yang juga Pengasas Enfiniti dan Pengarah OlaBola The Musical.

Teater muzikal istimewa ini akan menjadi pementasan pertama di Istana Budaya yang kini sedang diubah suai pada Februari 2018.

Enfiniti akan bekerjasama dengan pengarah muzik terkemuka, Saiful Ridzuan dan pereka set, Raja Malek.

Menurut Tiara lagi, “Menonton OlaBola di pawagam mencetuskan emosi dan membawa mesej kuat yang saya rasa perlu dialami `secara langsung’.

“Wawasan yang kita ada untuk produksi ini akan pasti mengasyikkan audiens, yang saya percaya akan menyemarakkan perasaan rakyat untuk bersatu untuk OlaBola.

“Satu daripada cabaran terbesar kami ialah untuk mencipta semula dan menterjemahkan keadaan stadium yang dipenuhi 50,000 orang dari filem ke atas pentas, membawa audiens ke dalam suasana hangat sebuah perlawanan besar bola sepak.

“Saya benar-benar mahukan muzikal ini dipersembahkan di dalam suara dan bunyi yang biasa kita dengar hari ini, iaitu sesuatu yang segar dan berbeza berbanding yang telah kami persembahkan sebelum ini.”

Ditayangkan pada Januari 2016, OlaBola terbitan Astroshaw meraih kutipan  RM16.5 juta dari segi jualan box office, menjadikannya filem No.1 di hati rakyat Malaysia.

Filem ini diinspirasikan daripada kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1980.

Dengan tema dedikasi, kecekalan dan ketabahan, filem ini memaparkan Malaysia pada 1980an di mana negara sedang mencari identitinya pasca kemerdekaan dan mengenal pasti potensinya.

Pencapaian box offce ini berjaya menyemarakkan negara dengan semangat kebangsaan dan suatu penghargaan terhadap erti persahabatan pelbagai kaum antara pasukan Harimau Malaysia dan Malaysia.

Pembeli tiket awal bagi bagi Olabola The Musical ditawarkan pada harga istimewa RM120 untuk tiket bernilai antara RM250-RM300. Promosi ini akan berlangsung selama 3 bulan bermula 25 Mei 2017. Untuk maklumat lanjut dan butiran mengenai tiket, lawat laman web www.olabolamusical.com.