Tiada penyingkiran…12 bintang mara minggu kedua

GEGAR Vaganza musim kelima (GV5) yang dibintangi Amelina, Noryn Aziz, Safura Yaakob, Mya Ruslee, Zamani, Shafie (Rio), Dia Fadilla, Farawahida, Hetty Sarlene, duo Billy Zarkarnain, kumpulan Elite dan Forteen pada minggu pertama ini mempertandingkan lagu dengan tema Oh Ya Ke…

Amelina mengungguli peserta…
Suara Zamani memukau semua pendengar…
Shafie Rio turut mendapat tepukan gemuruh penonton dan juri…

Pada minggu pertama ini Zamani yang mengalunkan lagu Gerimis Mengundang memukau juri dan penonton begitu juga Shafie (Rio) dan Amelina.

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak diberikan kepada kumpulan Forteen. Kemenangan ini dipilih oleh peminat secara undian.

Kesemua peserta sudah diberikan lagu sebagai tugasan untuk dipertandingkan pada minggu hadapan. Sekaligus tiada penyingkiran pada minggu pertama dan kesemuanya mara ke minggu kedua.

Minggu pertama pertandingan ini diadili juri tetap pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS dan penyanyi terkenal Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk AC Mizal. Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal menjadi hos program ini sejak Gegar Vaganza musim pertama.

Gegar Vaganza bersiaran di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9.00 malam. Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.