Tiada Honeymoon Taeyang Big Bang & Min Hyo Rin Setelah Kahwin Senyap-senyap

PADA 18 Disember lepas, Taeyang dari kumpulan Big Bang mengumumkan pertunangan dengan kekasihnya, Min Hyo Rin.

Beliau merancang mengahwini kekasihnya itu Februari depan sebelum dijadualkan menyertai latihan khidmat wajib tentera.

“Saya merancang mendaftarkan perkahwinan secara bertulis mengikut undang-undang,” kata Taeyang.

Pihak agensi pengurusan Big Bang, YG Entertainment turut mengesahkan pengumuman itu sambil mengatakan Taeyang merupakan anggota pertama Big Bang menamatkan zaman bujang.

Tetapi, baru-baru ini Taeyang telah melafazkan janji suci terhadap kekasihnya di sebuah gereja, manakala resepsi perkahwinan pula diadakan di Incheon Paradise City Hotel.

Perkahwinan senyap-senyap itu bagaimanapun hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Bahkan setelah berkahwin, Taeyang dan Min Hyo Rin tidak akan berbulan madu.

Taeyang, anggota Big Bang pertama menamatkan zaman bujang.

Hubungan cinta kedua-duanya mula terjalin lima tahun lepas setelah bekerjasama dalam sebuah klip-video.

Mereka bijak merahsiakan hubungan cinta. Bagaimanapun beberapa saksi mata netizen mengatakan kedua-duanya sering menghabiskan masa bersama dengan bercuti di Pulau Jeju.

Selama lima tahun Taeyang merahsiakan percintaan dengan Min Hyo Rin.