Tetap Nombor 1, Pengikut Instagram SITI NURHALIZA Paling Ramai

Siti mempunyai pengikut di Instagram paling ramai mengatasi Neelofa, Nora Danish dan Zizan Razak

Diva pop nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini menjadi individu yang mempunyai pengikut Instagram terbanyak di Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, pengikut Instagram penyanyi yang bakal menjayakan konsert di Indonesia, Singapura, Malaysia dan London itu berjumlah 6 juta. Alhamdulillah ..

Menurut Kosmo Online, sebelum ini, rekod individu dengan jumlah pengikut Instagram terbanyak dipegang oleh pengacara dan pelakon Neelofa yang kini di tempat kedua.

Nora Danish pula menjadi individu ketiga dengan jumlah pengikut Instagram terbanyak di Ikuti pelakon dan pelawak Zizan Razak menduduk tangga keempat.

Dalam perkembangan lain, Siti juga telah mempertaruhkan lagu popularnya Anta Permana  dalam carta Muzik-Muzik. Jangan lupa terus mengundi ya!