“Tak Perlu Ada Benci, Hormati Perbezaan Pegangan”- Agnez Mo

KEJADIAN gempar pengeboman gereja di Surabaya, Indonesia yang dikatakan dilakukan oleh seorang wanita dengan membawa dua anaknya pada Ahad, 13 Mei baru-baru ini, mendapat banyak respons daripada selebriti terkenal Indonesia.

Salah seorang daripadanya ialah penyanyi Agnez Mo yang terpanggil memberi pandangan berdasarkan perbezaan pegangan agama.

“Sebagai masyarakat majmuk yang terbahagi pada beberapa pegangan agama, sudah seharusnya masyarakat Indonesia lebih bersikap toleransi dan saling menghormati.

“Semua ada di jari kalian, like or dislike… kalian tahu seberapa besar kekuatan jari kalian. Kalian harus menghargai perbezaan pegangan agama orang lain,” ujarnya dalam nada kesal kepada wartawan ketika ditemui di kawasan Senayan, Jakarta Pusat.

“Setiap orang berhak untuk hidup aman damai, ngak perlu ada rasa benci-benci,” katanya lagi.

Pelantun lagu hit Matahariku, Tak Ada Logika dan Coke Bottle ini meminta semua lapisan masyarakat saling menghargai, maka kehidupan akan berjalan dengan damai.

“Ngak perlu ada orang yang harus hidup dalam ketakutan. Ngak perlu harus hidup dalam rasa pedih. The life so happy,  it’s amazing,” sambung Agnez.

Ledakan bom berlaku di tiga buah Gereja iaitu Gereja Pantekosta Pusat Surabaya Arjuno, Gereja Kristen Indonesia Diponegoro, Gereja Katolik Santa Maria, di Jalan Ngagel. Belasan orang dikhabarkan maut.

Sementara, kira-kira 40 mangsa tercedera dan kini menerima rawatan di hospital.

Kejadian bom berlaku di tiga buah gereja di Surabaya, Indonesia pada Ahad, 13 Mei.