Tahniah… Adira Bersalin Anak Kedua

ALHAMDULILLAH… penyanyi Adira Suhaimi selamat melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor pada pagi ini, Ahad, 9 September pukul 10.21 pagi.

Adira memberitahu dalam akaun instagramnya berkenaan kelahiran anak keduanya itu seorang bayi lelaki seberat 3.8 kilogram. Isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu yang dikenali Datuk Red berkongsi berita gembira ini dengan hanya menulis ringkas, “Alhamdulillah.”

Adira bahagia bersama suami, Datuk Red anak anak sulungnya, Anggerik.

Manggamedia mengucapkan tahniah dengan kelahiran ini dan mendoakan semoga Adira dan bayinya sihat walafiat. Kini Adira sudah punya sepasang anak. Anak pertamanya Anggerik yang dilahirkan pada 10 Mac 2017 selepas Adira mengahwini Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Adira merupakan isteri kedua. Isteri pertama ahli perniagaan ini iaitu Syarifah Nor Shafila Hassim mesra dipanggil Datin Red mempunyai empat orang cahaya mata.

Norzeha Kasbi

Norzeha Kasbi

More Posts