SYANIE Rasa Bertuah Kerana MATAHARI

Matahari Lee memberi peluang kepada Syanie dan ramai artis lain untuk berniaga sempena Festival Asia GT di Litar Antarabangsa Sepang

Alhamdulillah… Siapa sangka, rezeki Syanie semakin murah semenjak menjalankan bisnes  menjual Twisted Pizza sudah hampir dua bulan.

Terbaharu, Syanie akan menjual pizza sambil bertemu peminat di Celebrity Bazaar sempena acara perlumbaaan kereta GT terbesar di Asia Tenggara iaitu Asia GT Festival yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, pada 15 hingga 17 Mac ini.

Twisted Pizza kepunyaan Syanie mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Alhamdulillah… 

Syanie meluahkan rasa terharunya kerana inilah antara peluangnya untuk mempromosi lagi bisnes pizza miliknya yang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan

Cerita Syanie kepada MANGGA, “Terima kasih kepada pihak penganjur Asia GT Festival terutamanya Matahari Lee (Pengarah Eksekutif) yang memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan selebriti lain untuk menjalankan bisnes  dan bertemu peminat sepanjang tiga hari sempena acara perlumbaan kereta GT ini.

“Di sana, saya akan membuka booth menjual Twisted Pizza yang dimasak oleh saya sendiri. Pizza yang terdiri daripada jenis daging dan ayam ini boleh sesuai untuk seisi keluarga atau kawan-kawan. Sekotak pizza boleh dimakan oleh lima orang.

“Saya mula aktif jual pizza memandangkan saya perlu ada perancangan tersendiri dalam menjana ekonomi diri. Iyalah… Bidang lakonan ada pasang dan surutnya.

“Alhamdulillah.. Pizza saya mendapat sambut an yang sangat menggalakkan. Kalau ada yang nak beli, boleh ke laman Instagram saya @syanie_hisham.”

Manakala Matahari Lee, 28, juga meluahkan rasa gembiranya kerana penglibatan artis akan menghangatkan lagi suasana festival kereta GT yang terbesar di Asia Tenggara ini.

Matahari Lee seronok bekerjasama dengan para selebriti

Luah Matahari,”tidak dinafikan program utama untuk Asia GT Festival ini adalah perlumbaaan kereta GT yang disertai oleh para pelumba di seluruh dunia. Namun, saya yakin Celebrity Bazaar sangat penting untuk menarik orang ramai berkunjung ke festival ini.

“Iyalah.. Bukan semua orang suka menonton perlumbaaan. Jadi, orang ramai boleh datang untuk beramah mesra bersama lebih 40 selebriti yang terlibat. Selain itu, mereka boleh membeli produk atau barangan yang dijual oleh artis yang mungkin selama ini di beli secara atas talian (online).

“Dalam masa yang sama, para peminat yang hadir boleh menikmati persembahan daripada artis-artis yang terlibat. Pendek kata, anda boleh berhibur melalui persembahan artis di samping menemani rakan-rakan yang menyaksikan perlumbaan.

“Saya juga berharap penganjuran festival seperti sedikit sebanyak boleh membantu para selebriti tempatan untuk berniaga dan mengembangkan bisnes mereka. Jika sambutan menggalakkan, mungkin festival Asia GT ini akan dijadikan  sebagai acara tahunan.”

Begitulah cerita Matahari Lee yang sangat menghargai penglibatan artis dalam Celebrity Bazaar sempena Festival Asia GT.

Selain Syanie, para selebriti lain yang terlibat dalam Celebrity Bazaar ini adalah Zakiah Anas, Nabil Mahir, Joe Flizzow, SonaOne, Ainina Ahmad B, Makwan, Siti Fairuz, Ayu Damit, Azura Aziz, Aman Ra dan ramai lagi.

Kepada semua peminat jangan lupa berkunjung ke Festival Asia GT hanya dengan harga tiket RM20 sehari atau RM50 untuk ketiga-tiga hari.