Syahrini Nafi Gosip Cinta Mr H, “Saya Masih Jomblo”

GARA-GARA satu kapsyen yang dimuatnaik oleh adik penyanyi Syahrini di Instagram, penyanyi lagu Sesuatu, Kau Yang Memilih Aku dan Seperti Itu? kecoh dikatakan sudah mempunyai kekasih hati.

Adik Syahrini iaitu Aisyahrani memuatnaik kapsyen mengatakan kakaknya itu menerima sejambak buga dari Mr H.

“Bukan… bukan… H itu adalah satu jenama projek yang bakal diusahakan. Masih rahsia. Saya masih sendiri… masih jomblo (tidak punya kekasih).

“Saya masih fokus bekerja dan sibuk dengan urusan seni, belum fikir soal cinta,” ujar pemilik nama sebenar, Rini Fatimah Jaelani.

Sudah tentulah apa sahaja dikaitkan dengan bekas pasangan duet Anang Hermansyah ini menjadi perhatian. Apatah lagi soal pacaran lantaran usianya bakal mencecah 36 tahun, 1 Ogos depan.

Bukan itu sahaja, kehidupan mewah dijalani Syahrini turut sering jadi perhatian netizen.

Di usia yang bakal mencecah 36 tahun, Syahrini masih belum punya teman lelaki.