Sulli f(x) Hiasi Majalah Playboy Korea?

SELEPAS menggemparkan dunia hiburan Kpop dengan aksi ghairah bersama aktor Kim Soo Hyun dalam filem Real, kini Sulli atau nama sebenarnya Choi Jinri, 23, menambah kritikan pedas netizen.

Khabarnya, anggota girl band f(x) itu bakal menghiasi muka depan majalah Playboy versi Korea edisi pertama yang bakal terbit September depan.

Beredar pantas dakwaan tersebut di media sosial, pihak pengurusan SM Entertainment tampil memberi penjelasan sekaligus menyangkal dakwaan yang disifatkan tidak berasas itu.

“Kami dah buat siasatan, khabar tersebut salah sama sekali,”  tegas SM Entertainment, petikan dari DongA.

Barangkali dakwaan tersebut heboh diperkatakan gara-gara keberanian Sulli beraksi seksi dan melakukan babak ghairah serta ranjang di dalam filem Real yang tular dengan kontroversi.

Menurut sumber, majalah Playboy versi Korea itu tidak sepenuhnya menambilkan tubuh seksi wanita. Seperti apa bentuk majalah tersebut, tunggu!

Sulli cetus kontroversi gara-gara adegan ranjang dalam filem Real