SUITS & Lawless Lawyer Kisah Peguam Korea

DRAMA atau filem berkisar kisah peguam sering mendapat perhatian ramai peminat, apatah lagi perjalanan cerita diolah baik mengikut kesesuaian dan citarasa terkini.

Dua drama bersiri terhangat Korea mengenai dunia perundangan dengan tayangan perdana serentak dari Korea sepanjang bulan ini.

Persiapkan diri anda dengan kosa kata perundangan untuk menonton drama terbaru ini.  tonton menyediakan dua drama terhangat dan mendebarkan dari Korea hanya untuk anda!

Saksikan dua drama terbaharu ini yang disiarkan serentak dengan tayangan perdana di Korea hanya di saluran tonton; SUITS bermula 2 Jun, pukul 12.00 tengah hari dan Lawless Lawyer,  pada 13 Jun, waktu sama.

 SUITS

Diilhamkan dari drama bersiri Amerika Syarikat yang mempunyai tajuk yang sama, drama versi Korea ini menjanjikan kelainan dari aspek skrip dan plot yang lebih mendebarkan.

Choi Kang-Seok (lakonan Jang Dong-Gun) ialah Harvey Specter versi Korea merupakan seorang peguam berjaya dan berkarisma di sebuah firma undang-undang yang berprestij.

Sebagai peguam senior, dia mengalami kesukaran untuk mencari peguam baru untuk firmanya. Sementara itu, Go-Yeun Woo (lakonan Park Hyung-Sik) yang membawa watak Mike Ross merupakan seorang pemuda yang bercita-cita menjadi seorang peguam.

Namun, disebabkan faktor kewangan, dia terpaksa melupakan impiannya lalu berkerja sebagai penjaga parkir sahaja.

Akibat terdesak untuk membayar bil hospital neneknya, dia menerima tugas mengedar dadah. Malang tidak berbau apabila dia telah diperangkap dan ketika melarikan diri daripada pihak polis, dia secara tidak sengaja masuk ke bilik temuduga di firma Kang-Seok.

Lantas, Kang-Seok mempergunakan jawatannya dengan menerima Yeun-Woo sebagai peguam baharu yang tiada sebarang kelayakan namun mempunyai keistimewaan dengan ingatan fotografi yang kuat di samping skil pemahaman yang bagus.

Drama bersiri ini menampilkan barisan bintang terkenal seperti Jang Dong-Gun (yang pernah membintangi drama Friend, Tegukgi: The Brotherhood of War), Park Hyung-Sik (melalui The Heir, Strong Girl Bong-soon), Chae Jung-an (drama Queen of Reversals, Entertainer) dan Ko Sung-hee (Miss Korea, The Night Watchman’s Journal).

Lawless Lawyers

Pembunuhan kejam ibu tersayang di tangan seorang hakim yang dihormati menyebabkan Bong Sang-Pil (lakonan Lee Joon-Gi) ingin membalas dendam.

Dia menanamkan hasrat untuk menjadi seorang peguam dan berjaya mencapai cita-citanya itu. Terdesak untuk memenangi kes guaman nya, Bong Sang-Pill menggunakan kelemahan undang-undang dalam kes terdahulu untuk menang.

Apabila manual undang-undang tidak boleh diguna pakai, dia akan mengambil jalannya yang tersendiri dengan menggunakan kekerasan dalam menegakkan keadilan.

Sang-Pill memperluaskan legasinya dengan membuka sebuah firma guaman di kampungnya, Gisung. Firmanya telah disertai oleh seorang peguam yang sangat berintegriti tinggi, Ha Jae-Yi (lakonan Seo Ye-Ji).

Akibat memukul seorang hakim kerana keputusan yang berat sebelah, lesen perundangan Sang-Pill telah digantung. Jae-Yi merasakan Gisung merupakan medium terbaik untuknya menyelesaikan dendam yang disimpan selama ini.

Tambahan pula, Sang-Pil mengetahui beberapa maklumat mengenai keputusan perbicaraan yang tidak adil dan kes berkaitan punca kematian ibu Jae-Yi yang juga mati di tangan hakim tersebut.

Menampilkan pelakon handalan seperti Lee Joon-gi (dari drama My Girl, Arang and the Magistrate) dan Seo Ye-ji (dari drama The Night Watchman’s Journal, Last), Lee Hye-Young (melalui Dal-ja’s Spring, Queen of Housewives) dan Choi Min-soo (My Wife is a Gangster 3, The Royal Gambler) dan juga nama-nama lain yang dikenali dalam industri membuatkan drama ini bakal memberi kelainan kepada anda.