Sufian Suhaimi Mahu Ucap ‘Goodbye’ Kepada Siapa?

Sufian Suhaimi dan Elfira Loy bertunang pada 6 Oktober lalu selepas empat bulan berkenalan.

“Melepaskan itu kedengaran mudah tetapi sebagai manusia biasa ia kemungkinan perkara sukar kita lakukan. Ia memerlukan kekuatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sesuatu perkara ataupun seseorang yang bermakna dalam hidup.

“Tetapi sayangku, kamu tak boleh berterusan berhadapan perkara yang membuatkan kesedihan. Harus ada kekuatan mengucapkan selamat tinggal kepada perkara atau seseorang yang pernah dicinta.”

Tiba-tiba sebentar tadi, penyanyi Sufian Suhaimi memuatnaik satu kenyataan di ruang insta story akaun Instagramnya dan kenyataan itu membuatkan ramai tertanya-tanya apakah ditujukan buat tunangnya, aktres Elfira Loy?

Sebelum ini sudah panas cerita hubungan pasangan tunang yang mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu, kononnya sedang bermasalah.

Malahan penyanyi lagu Terakhir itu pernah mengungkapkan hubungan pertunangan mereka sebagai sulit atau complicated.

Manakala Elfira pula menganggap, masalah timbul adalah dugaan dan ujian dalam porses pertunangan. Mereka juga khabarnya belum membuat sebarang persediaan terhadap perancangan perkahwinan yang dijadualkan sempena ulang tahun hari lahir Elfira yang ke-24 tahun, Mac depan.

“Saya mengaku sememangnya kami berhadapan ujian pertunangan sama seperti pasangan tunang lain.  Tapi ia bukan berpunca daripada saya atau Elfira.

“Harapan saya agar semua pihak mendoakan yang baik-baik buat kami berdua,” jelas Sufian dalam satu kenyataannya sebelum ini.

Bagaimana kesudahannya hubungan mereka? Elfira pula baharu mengerjakan umrah bersama ibunya.