SUFI RASHID Nafi Cemburui Syamel

Sufi Rashid banyak undangan persembahan korporat berbanding televisyen. FOTO: SHAHRIL AZMAN ZAIN

 

KURANG peluang membuat persembahan di kaca televisyen antara alasan Sufi Rashid dilihat sepi berbanding naib juara AF2015, Syamel.

Syamel dilihat lebih sukses dan popular berbanding Sufi yang juga juara sulung Akademi Fantasia dari Singapura. Tidak cemburukah Sufi?

“Dalam tempoh dua tahun ini saya akui kurang muncul di kaca televsiyen. Orang cakap rugi kerana populariti dibayangi Syamel.

“Saya tak fikir begitu. Memanglah orang kata populariti itu penting. Saya tengok Syamel banyak diberi peluang buat persembahan di TV sedangkan saya pula banyak undangan korporat yang tidak disiarkan di TV.

“Pada saya, semuanya terpulang pada rezeki masing-masing dan tidak langsung timbul soal cemburu,” jelas Sufi kepada Mangga Media.

Sufi juga sudah lapan bulan mengeluarkan lagu single terbaharu berjudul Aku Sanggup ciptaan Edry Abdul Halim. Lagu popularnya sebelum ini, Kisah Dua Muka.

Sufi dan Syamel bakal berentap sekali lagi di dalam edisi khas AF Megastar yang bakal memulakan saingan pertama 3 September ini. Ia disiarkan secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, Selangor, pukul 8.30 malam.

“Saya anggap ini platform bagus untuk kembalikan ingatan peminat terhadap saya. Berat badan saya juga sudah susut tiga kilogram daripada 71 kilogram dalam masa seminggu.

“Saya perlu kuruskan badan demi stamina untuk lima minit persembahan di atas pentas,” ungkap Sufi yang setiap hari berlatih vokal dalam studio khas di kediamannya di ibu kota.

Sufi kuruskan badan demi stamina di atas pentas