Sudah Move On Kematian Suami, Celine Dion Kini Intim Dengan Russell Crowe?

SEPERTI lagu popularnya dalam filem Titanic, My Heart Will Go On, khabarnya penyanyi Celine Dion, 50, kini sudah boleh move on menerima hakikat kematian suami dua tahun lalu.

Suami merangkap pengurus yang menaikkan namanya, Rene Angelil meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu, Celine bersendirian.

Gosip terkini tersebar, Celine khabarnya keluar dating dengan aktor Russell Crowe, 54.

Petikan daripada majalah OK!, kedua-dua selebriti terkenal itu beberapa kali dilihat keluar bersama.

Bahkan, menurut sumber, bintang filem Gladiator itu sudah lama meminati Celine.

“Mereka sudah sering bertemu sejak beberapa bulan lalu.  Hubungan baik mereka masih peringkat baharu.

“Kedua-duanya merasakan seperti saling bertemu lantaran masing-masing berhadapan pelbagai masalah, jadi mereka tenang saling mengenali,” ungkap satu sumber.

Ada sumber lain mengatakan, Russel Crowe tidak lupa mengirim sejambak bunga kepada Celine yang berduka kehilangan suami.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang pengumuman sahih daripada kedua-dua bintang terkenal ini mengenai gosip tersebar.