Suami UMMI NAZEERA Sporting Habis! Hanya 3 Hari Berlatih

Ummi Nazeera dan suami, Dr Izzar Anwari bersanding di pelamin bertema atmosfera dan ekspresi indah dalam hutan. FOTO: IZWAN ZAINAL

SESUATU yang sangat menarik dan amat jarang berlaku semasa resepsi persandingan selebriti, tetapi terjadi manis di majlis perkahwinan aktres Ummi Nazeera, 27 dan suami, Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Sri Abdul Khani, 30, yang begitu sporting menari di hadapan kira-kira 600 tetamu.

Pasangan mempelai itu membuatkan hadirin bersorak gembira dengan persembahan tarian menarik di acara resepsi persandingan berkonsepkan atmosfera dan ekspresi indah dalam hutan.

Ummi dan Doktor kacak berkenaan diiijabkabul lebih awal pada 23 Julai lepas dan resepsi di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Sabtu malam, 5 Ogos merupakan majlis ketiga meraikan perkahwinan mereka setelah resepsi di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada 3 Ogos lalu.

Menggunakan khidmat perancang perkahwinan daripada Razak Flora, Ummi menjelaskan sebenarnya mengimpikan sebuah majlis persandingan berlatar penuh dalam taman. Tambahan pula suaminya mengangkat tinggi nila alam semulajadi.

“Bila difikirkan semula tiada salahnya saya mencuba tema ini apatah lagi saya dan suami mempunyai minat sama iaitu hiking,” ujar Ummi kepada Mangga Media usai resepsi.

Heroin filem Penanggal dan Hikayat Merong Mahawangsa itu kelihatan anggun menyarung busana indah ilham pereka fesyen terkenal Indonesia, Tex Saverio dan untuk persalinan kedua pula ilham Fizi Woo.

Sementara, Dr Izzar tampil segak dan kacak dalam persalinan, Louis Remarque. Majlis resepsi seterusnya pula bakal diadakan di Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC, 12 Ogos ini.

Berikut beberapa gambar momen manis Ummi dan Dr Izzar yang dirakam oleh jurugambar, IZWAN ZAINAL

Ummi Nazeera anggun dengan persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal Indonesia, Tex Savario dan Dr Izzar menyarung persalinan rekaan dari Louis Remarque