Suami Pengasuh Disyaki Rogol Bayi Sampai Mati Didakwa

Tertuduh, Hazmi yang didakwa merogol bayi 11 bulan, Zara didapati positif dadah syabu.

Kes penderaan fizikal dan seksual bayi 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal kini dibicakan di mahkamah.

Menurut akhbar Kosmo, Seorang tukang gunting rambut, Hazmi Majid didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, Selangor semalam atas pertuduhan mendera dan merogol Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal sehingga bayi berusia 11 bulan itu meninggal dunia pada 7 November lalu.

Kenangan Nur Muarzara Ulfa bersama  ibu. Kematian Nur Muarzara ditangisi seluruh rakyat Malaysia

Hazmi, 36, yang merupakan suami kepada pengasuh bayi itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Hazmi didakwa telah menyebabkan kematian ke atas bayi perempuan itu di sebuah rumah di Apartmen Sri Cempaka, Bandar Baru Bangi antara pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang, 7 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin.

Mahkamah menetaokan 17 Januari deoan untuk sebutan semula kes.

Hazmi dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kajang semalam selepas didakwa atas pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan seksual sehingga menyebabkan kematian ke atas bayi 11 bulan.

Sementara itu, isteri tertuduh yang juga pengasuh Zara dilepaskan dengan bon dan dijadikan saksi pendakwaan kes tersebut.

Difahamkan, Hazmi dijangka didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini minggu hadapan atas dua pertuduhan di bawah Sesyen 377CA Kanun Keseksaan kerana memasukkan objek ke dalam kemaluan dan dubur mangsa.

Kedua-dua pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Sebelum ini dilaporkan bayi 11 bulan, Zara disahkan meninggal dunia selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang pada 7 November lalu.

Pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan koyakan baharu pada tisu kemalzan6dan dubur mangsa.

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kesan objek tumpul pada bahagian kepala denfan tempurung kepala bayi terbabit pecah selain kesan lebam pada bahagian atas kepala mangsa.

Selain itu, terdapat juga kesan penderaan seksual terhadap Zara yang merupakan anak kepada pekerja kilang.

Ujian saringan air kencing dilakukan terjadap tertuduh didapati lelaki itu positif mengambil dadah syabu.

Ibu Zara iaitu Noraiham Ab. Aziz dikatakan mengenali pengasuhnya menerusi laman sosial facebook pada 21 September lalu.

Sebelum ini, Zara dan abangnya yang berusia lima tahun dijaga ibunya tetapi kemudian kedua-dua beradik itu terpaksa dihantar kepada pengasuh selepas wanita terbabit mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi.

Kedua-dua beradik itu dijaga pengasuh itu dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari pukul 7 pagi hingga pukul 7 malam.

Seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan kematian bayi yang tidak berdosa ini. Semoga perogol mendapat hukuman yang setimpal.

Sumber: Kosmo