Stevie Wonder Kahwini Kekasih Setelah Punya 2 Anak

Stevie Wonder sudah punya sembilan anak dari lima wanita berbeza

DI usia 67 tahun, penyanyi cacat penglihatan terkenal Stevie Wonder mengahwini kekasihnya, Tomeeka Robyn Bracy setelah dikurniakan dua anak.

Pelantun lagu popular I Just Called To Say I Love You, mengambil keputusan merasmikan hubungan sah mereka di Hote Bel-Air, Los Angeles pada akhir bulan lalu, seperti petikan E! Online.

“Semuanya sangat indah dengan diiringi ratusan kupu-kupu yang dilepaskan dari kotak semasa majlis perkahwinan,” tulis Stevie pada kapsyen gambar perkahwinan yang dimuatnaik di media sosial.

Stevie Wonder sebelum ini pernah gagal dalam dua perkahwinan lain iaitu dengan SyreeWright pada 1970 hingga 1972.

Kemudiannya bersama Kai Millard pada 2001 hingga 2012. Stevie Wonder sudah mempunyai sembilan anak dari lima wanita berbeza.

Stevie Wonder kahwini kekasih di usia 67 tahun