Sportingnya Datuk Fazley & Imran Ajmain Jumpa Peminat Di Bazar Ramadan Geylang Serai

SINGAPURA – SELEPAS majlis pelancaran album Aidilfitri Imran Ajmain di Suntec City Convention Centre, kemudiannya majlis berbuka puasa bersama pihak media Malaysia yang dibawa khas ke Singapura pada 17 hingga 19 Jun, baru-baru ini, Chef Selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob bersama Imran Ajmain membawa beberapa media Malaysia merasai suasana bazar Ramadan di Geylang Serai, Singapura.

“Sebagai chef sudah tentu saya ingin melihat, merasai dan mencuba pelbagai jenis menu yang terdapat di bazar Ramadan dan pastinya hidangan bazar Ramadan di Geylang Serai ini berbeza daripada negara kita,” ujar Fazley yang begitu sporting menyelusuri setiap gerai bazar dan mencuba pelbagai hidangan menarik.

Sebagai anak jati kota Temasek, Imran Ajmain mengetuai rombongan ke bazar Ramadan Geylang Serai, bermula pukul 11.00 malam sehingga hampir pukul 1.00 pagi.

Terdahulu, acara pelancaran album Aidilfitri Imran Ajmain telah disempurnakan oleh Datuk Fazley sendiri selaku penerbit melalui SukaSucre Creatives bekerjasama dengan publisis dari Uprising Entertainment.

Sebanyak empat lagu malar segar hari raya dimuatkan dalam album tersebut iaitu tiga buah lagu nyanyian asal Sanisah Huri (Aidilfitri, Bersabarlah Sayang & Joget Aidilfitri) serta sebuah lagu Junainah M. Amin (Suasana Riang Di Hari Raya).

Majlis pelancaran album Aidilfitri Imran Ajmain di Suntec City Convention Centre, Singapura
Majlis berbuka puasa bersama media Malaysia oleh Datuk Fazley dan Imran Ajmain di Bali Thai, Singapura