Song Joong Ki, Song Hye Kyo Tunda Kahwin?

Pasangan popular Korea Selatan yang diberi julukan Song Song Couple

KHABAR terbaharu dari Korea Selatan, pasangan yang digelar Song Song Couple (SSC), Song Joong Ki dan Song Hye Kyo terpaksa menukar tarikh perkahwinan mereka yang diumumkan sebelum ini, 31 Oktober.

Menurut sumber, pasangan popular tersebut tidak cukup masa menyediakan banyak persiapan perkahwinan. Mereka mengumumkan perkahwinan dan sekaligus mengakui percintaan, baru-baru ini.

Namun, sumber mengatakan SSC sebenarnya dua tahun merahsiakan hubungan cinta yang terjalin sejak bekerjasama di dalam drama bersiri popular Descendants Of The Sun (DOTS).

“Semua orang sudah tahu, Song Hye Kyo sangat teliti dalam setiap hal. Dia juga seorang yang banyak beri inspirasi,” kata Joong Ki dalam satu temubual memuji bakal isterinya.

“Saya janji, setelah berkahwin saya akan membahagiakan dia. Kami juga akan bekerja keras untuk kehidupan lebih sempurna,” kata Joong Ki lagi.

Ramai menganggap mereka bakal mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran namun jangkaan tersebut meleset.

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo mahu perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat sahaja dalam satu pesta perkahwinan tertutup.