Siapa Gadis Di Sisi Aedy Ashraf?

ANTARA yang mencuri tumpuan semasa Anugerah Meletop Era pada Ahad malam ialah pelakon muda Aedy Ashraf, 25, ditemani seorang gadis cantik. Tidak pula diketahui siapakah gadis tersebut.

Tetapi gambar mereka berdua sering dimutanaik Aedy di media sosial, tanpa pula diletakkan sebarang kapsyen.

Adakah ini buah hati Aedy Ashraf? Sebelum ini pelakon muda yang mempunyai stail lakonan tersendiri itu pernah digosipkan dengan pelakon Fasha Sandha gara-gara bekerjasama dalam drama Lara Aishah.

Fasha menafikan gosip tersebut sambil mengatakan hubungan baik mereka ibarat kakak dan adik.

Bahkan nama Aedy yang pernah membintangi filem Tentang Bulan di zaman kanak-kanak pernah juga dikaitkan dengan penyanyi Nabila Razali gara-gara muncul dalam  muzik video lagu Pematah Hati.

Drama lakonan Aedy yang popular, Dendam Aurora, Hero Seorang Cinderella, Black Belt Kaler Pink, Sesal Separuh Nyawa, Papa Nak Menantu dan banyak lagi. Filem lain antaranya Dorm Melati, Tak Ori Tapi Ok dan Tangkai Jering.

Jadi, siapakah gadis di sisi Aedy Ashraf ini?

MM: Dah suka, ada jodoh nikahlah terus.