SHIHA ‘Gegar’ Promosi TUTOR A+ Di PWTC Esok!

Penyanyi Shiha Zikir turut menyokong langganan Tutor A+ terbitan kumpulan Utusan

Akhbar pendidikan Utusan Malaysia, terus menjadi pemangkin dan memberi nilai tambah dalam sektor pendidikan negara melalui Tutor A+.

Tutor A+ yang kini boleh didapati di atas talian terus menjadi pilihan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar dengan pelbagai soalan latih tubi dan nota ringkas mengikut topik mata pelajaran.

Langganan Tutor A+ yang semakin mendapat sambutan di sekolah-sekolah seluruh negara ini akan meneruskan siri jelajah promosinya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada jam 3 petang esok (6 April 2019), bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, penyanyi cantik bersuara merdu Shiha Zikir akan turut serta memeriahkan acara ini dan seterusnya menggalakkan orang ramai menikmati keistimewaan Tutor A+.

Shiha juga melahirkan rasa bertuahnya menjadi artis jemputan untuk program yang sememangnya memberi manfaat kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Saya melihat, Tutor A+ ini sangat berguna kepada para pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan yang besar. Dengan harga yang murah, mereka berpeluang memperoleh banyak ilmu dan tip untuk mendapat keputusan yang baik.

“Mereka dikira bertuah kerana berada dalam dunia yang serba canggih dan mudah dalam mendapat pendidikan. Pada zaman saya belajar dulu, saya tidak mendapat kemudahan sebegini. Mereka sangat beruntung dan Tutor A+ antara pilihan tepat yang perlu mereka amalkan dalam sesi pembelajaran mereka.

“Para guru dan ibu bapa juga haruslah mengambil inisiatif ini untuk kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan.” Ujar Shiha yang bakal menghiburkan pengunjung yang datang ke acara ini esok.

Tutor A+ adalah sebuah program berkonsepkan pentaksiran atas talian yang membantu mereka menghadapi peperiksaan sebenar. Ini sekaligus mengukuhkan pemahaman semua pelajar dengan lebih efisien, terutamanya mereka yang bakal menghadapai peperiksaan.

Acara promosi Tutor A+ yang diadakan pada 30 Mac baru-baru ini di PWTC

Pengurus dan pengarang Tutor A+, Abdul Wahid Hashim berharap tutor A+  ini akan dimanfaatkan oleh kebanyakan pelajar di seluruh negara.

“Sempena mempromosi langganan Tutor A+, saya sangat menggalakkan kepada semua pelajar terutama yang menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam membantu pelajar mengukuhkan kemahiran dan penguasaan konsep sesuatu subjek.

“Para ibu bapa yang hadir juga boleh mengambil peluang keemasan ini untuk terus melanggan Tutor A+ demi melihat kejayaan anak-anak.

“Pelaksanaan program ini sesuai dengan dunia pendidikan yang mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa dan harus dipraktikkan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang.

“Antara keistimewaan tutor A+ adalah menyediakan soalan latih tubi serta nota-nota yang lengkap yang mampu menjadi alat bantu mengajar di dalam kelas di samping mampu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.” Jelas Wahid.

Selain promosi serta penyampaian maklumat tentang Tutor A+, para pengunjung juga dimeriahkan dengan gimik pelancaran iaitu persembahan video Tutor A+.

Dalam majlis ini, turut diadakan sesi bersama pemenang utama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan  2017 iaitu Puan Sri Rahayu Mohd Yusop yang terkenal dengan novelnya berjudul Selendang Merah Balukhali).

Tidak ketinggalan, pengunjung juga diberi taklimat tentang wajah baharu Utusan Malaysia dan Edisi Pantai Timur

Bukan itu sahaja, para pengunjung yang hadir berpeluang memenangi hadiah melalui soalan-soalan kuiz yang disediakan oleh pengacara, Haris Yusuf.

Izzue Islam bersama wakil Tutor A+, Haris Yusuf di Booth Tintarona Publications & Utusan pada 30 Mac lalu

Sebelum ini, Majlis Pelancaran Tutor A+ telah dilancarkan di Maktab Tentera DiRaja, Kem Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa yang berminat untuk melanggan Tutor A+  bolehlah layari www.tutor.com.myatau hubungi Eksekutif Pengurusan Jenama Tintarona Management, Haris Yusuf di talian 011-19798680.