Sharifah Sakinah Lahir Bayi Perempuan Melalui Pembedahan

KERANA usia kandungan yang sudah overdue selama dua minggu, pelakon Sharifah Sakinah, 28, melalui proses pembedahan dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Berita tersebut dimuat naik kakaknya, pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah di media sosial.

Sakinah melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram yang diberi nama Anais Adha pada pagi Rabu. Beliau mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Aliff Adha pada 2015.

“Sakinah bersalin secara pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah ‘overdue’ lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.

“(Bayi) dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha,” petikan status Sharifah Shahirah di akaun Instagram sebelum memadamnya tidak lama kemudian.