Setelah Sebulan Bersalin, Beyonce Pamer Wajah Sir & Rumi

SETELAH sebulan melahirkan anak kembar yang diberi nama Sir Carter dan Rumi, bintang pop terkenal, Beyonce Giselle Knowles-Carter, 36, akhirnya mempamerkan wajah cahayamata kedua dan ketiganya itu di akaun Instagram.

“Sir Carter dan Rumi berusia satu bulan,” tulis Beyonce pada kapsyen gambar tersebut. Hasil perkahwinan dengan rapper Jay Z, mereka juga memiliki seorang anak perempuan, Blue Ivy.

Seperti yang diberitakan oleh satu sumber, kedua-dua bayi comel tersebut dalam keadaan sihat.

Beyonce dan Jay Z kini menetap di Malibu, California hingga musim panas ini. Pasangan ini menyewa rumah agam mewah itu yang diberi nama La Villa Contenta di kawasan seluas 25 hektar.

Beyonce dan anak sulungnya, Blue Ivy