Semakin Warak, Baim Wong Tertarik Hati Wanita Berstatus Janda?

Baim Wong semakin mendalami agama

RASANYA tidak sampai dua bulan setelah putus cinta dengan pelakon sinetron, Vebby Palwinta, kini aktor Baim Wong kembali dikaitkan dengan seorang wanita lain.

Bagi pengikut dunia hiburan Indonesia, pasti mengenali wanita bernama Salmafina Khairunnisa yang hangat diperkatakan kerana rumah tangganya bermasalah dengan seorang hafiz Al-quran, Taqy Malik.

Keputusannya, Salmafina bercerai dari Taqy Malik setelah wanita tersebut mengemukakan permohonan cerai di Pengadilan Agama Jakarta Barat.

Tidak mahu terus terpuruk masalah dengan bekas suami, Salmafina membuka hatinya buat pria lain. Justeru, tidak hairanlah dia dikaitkan dengan Baim Wong yang juga baru putus cinta!

Melalui satu posting di Instagram, Selasa, 9 Januari lalu, Baim sempat mengusik Salmafina. Adegan usik mengusik antara mereka di media sosial menarik perhatian netizen.

Perhatikan sekitar, masih banyak pintu yang terbuka dan menunggu kita, datangi kerana di sana InsyaAllah banyak kenikmatan menunggu yang jauh lebih baik dari sesuatu yang telah hilang,” tulis Baim.

Salmafina Khairunnisa, wanita berstatus janda yang dikaitkan dengan Baim Wong

Pemain filem Jakarta Undercover yang bakal menginjak usia 37 tahun ini sememangnya tidak main-main dalam soal cinta.

Malah, semasa bercinta dengan Vebby Palwinta, Baim begitu serius merancang untuk segera berkahwin.

Apakah kini, Baim sudah mulai mendekati Salmafina Khairunnisa?

Baim turut memuanaik foto dan video semasa mengikuti satu pengajian agama di Solo, Jawa Tengah, baru-baru ini.

Apakah ianya berkaitan denan hasrat Baim untuk serius mendekati Salmafina? Kunjungan Baim ke Solo itu ditemani sahabat baiknya, aktor Dude Harlino.

Baim berkesempatan bertandang ke kediaman Habib Syech untuk mengikuti kelas pengajian agama.

Baim Wong semasa mengikuti pengajian agama di Solo, Jawa Tengah seperti yang dimuatnaik di akaun Instagram pada Selasa, 9 Januari