Selesai Latihan Tentera, Lee Min Ho Bintangi The Heirs 2?

Lee Min Ho dan barisan pelakon utama The Heirs

SENYAP seketika kerana menyertai latihan wajib ketenteraan, aktor terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho kembali menjadi bualan netizen gara-gara satu gosip tersebar kononnya beliau bakal kembali menjadi ‘Kim Tan’ dalam drama bersiri popular The Heirs.

The Heirs popular pada tahun 2013 dan aktor berusia 30 tahun itu ada membocorkan rahsia beliau bakal masuk gelanggang penggambaran untuk satu projek drama mega setelah selesai menjalani latihan ketenteraan tahun depan.

Namun, kekasih penyanyi Suzy ini tidak menyebut judul projek mega tersebut dan ianya hangat diperkatakan netizen adalah sekuel The Heirs.

Ramai penggemar masih ingin tahu lanjutan kisah cinta Kim Tan dengan Cha Eun Sang yang diperankan oleh aktres, Park Shin-hye yang sebelum ini juga popular bergandingan dengan Kim Rae Won menerusi drama bersiri The Doctors.

Lee Min Ho dan Park Shin Hye bikin boom The Heirs

Bagi yang masih ingat, The Heirs mengisahkan seorang anak pelayan bernama Cha Eun Sang yang menjalin hubungan cinta dengan anak majikannya, Kim Tan.

Selain Lee Min Ho dan Park Shin Hye, The Heirs meletup di layar kaca kerana dibarisi ramai bintang hebat lain antaranya, Kim Woo Bin, Kang Min Hyuk dan Krystal f(x).