Selepas 20 Tahun, Ruffedge Masih Relevan?

APABILA sekian banyak band senior Indonesia merancang bikin konsert ala-ala comeback di Malaysia, kumpulan Ruffedge tidak terkecuali.

Setelah meniti pelbagai kejayaan sepanjang 20 tahun dalam memperjuangkan rentak muzik tersendiri, Ruffedge kini bersedia tampil dengan sebuah konsert untuk para penggemar kumpulan itu serta secara amnya untuk semua pencinta muzik tanah air.

Bertempat di KL LIVE, Kuala Lumpur, konsert yang digelar “RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT” akan dipersembahkan tepat pada pukul 9 malam, 4 Ogos depan.

Ruffedge ditubuhkan pad 1997 dan mula bergerak aktif setahun kemudian sebelum berehat sekitar tahun 2008 untuk menjalani arah seni masing-masing.

Setelah 11 tahun menyepi, 2018 merupakan tahun kembalinya Ruffedge dengan barisan anggota iaitu Cat Farish, Sein, Azan, Mode dan Zain.

Menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan, pastinya repertoire mereka seperti Bila Rindu, Khayalan, Tipah Tertipu, Lemas, Tiada Lagi Cinta, Da’ Bomb serta puluhan lagu lagi akan
dihidangkan sepanjang konsert yang berdurasi hampir dua jam itu nanti.

Tiket-tiket konsert akan mula dijual, diskaun menarik menanti untuk pembelian ‘early bird‘ dan untuk informasi lanjut mengenai tiket, pembeli
boleh menghubungi www.ticketpro.com.my atau hotline 03 7880 7999.

Konsert dianjur dan diterbitkan oleh MRS Production dan
KLP Creative Sdn Bhd.

Dua entiti ini menyifatkan pemilihan kumpulan itu adalah tepat pada masanya memandangkan usia matang yang mencecah 20 tahun serta yakin mampu mengubat rindu peminat
Ruffedge khususnya setelah menyepikan diri sekian lama.

Selain itu, bagi mengubati rindu peminat, Ruffedge turut merakamkan lagu terbaharu mereka yang diberi judul Seperti Mereka.

Lagu dan lirik hasil karya Azan Addin ini juga bakal dipersembahkan pada malam tersebut selain akan menjalani siri promosi bersama media kelak.