SECRET CORREA PENAJA UTAMA ANUGERAH HIJABI MESTIKA MUSIM KETIGA

ANUGERAH Hijabi Mestika (AHM) memasuki musim ketiga sebagai acara tradisi bagi mencari penghias kulit majalah Hijab Fesyen terbitan Utusan Karya Sdn Bhd. Penganjuran kali ini mendapat kerjasama SC Global Resources Sdn. Bhd. yang juga pengeluar produk jenama Secret Correa dengan tajaan tunai berjumlah RM200,000.

Majlis menandatangi memorandum perjanjian usaha sama telah berlangsung di Pejabat Urusan SC Resources bertempat di Bandar Baru Bangi yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Nor Azila Azmi. Manakal Utusan Karya pula diwakili oleh Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang, Encik Arffin Nordin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seperti penganjuran terdahulu, seramai 10 finalis dipilih untuk peringkat akhir yang bakal berlangsung dalam sebuah majlis gemilang. Pemilihan berdasarkan kriteria utama termasuk ketinggian minimum, perwatakan menarik, umur di bawah 30 tahun dan berpendidikan.

Kali ini AHM bakal menjelajah ke empat zon di Semenanjung Malaysia bermula Disember ini bagi mencari 20 peserta ke separuh akhir sebelum saringan memilih 10 finalis ke pringkat akhir. Penyanyi Ifa Raziah turut dilantik sebagai pengacara pada setiap zon.

 

 

 

 

 

 

Borang penyertaan boleh didapati dalam edisi terbaharu majalah HF yang kini sudah berada di pasaran. Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut ikut Instagram (@hijabfesyen_magz) dan Facebook Hijab Fesyen atau hubungi pejabat Utusan Karya di talian 03-89262999.