Sebelum hadiah kereta sport WAWA beri ALPHARD untuk AERIL

BERTUAH sungguh pasangan suami isteri yang sama-sama cantik dan kacak Wawa Zainal dengan Aeril Zafrel kerana rezekinya melimpah ruah. Alhamdulillah.

Dengan rezeki yang dikurniakan pasangan suami isteri ini, beberapa hari lepas Wawa membuat kejutan untuk suami tercinta dengan menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphard berwarna hitam.

Kata Wawa, “Balas jasa suami belikan saya kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.”

Tambah Wawa, “Walaupun Aeril sedikit sedih sebab sebenarnya dia mahukan kereta sport. Tahun depan ye sayang… Tahun ini tahun yang sangat bermakna buat kami. Sedikit demi sedikit impian, Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat”. Tulis Wawa Zainal di akaun instagram miliknya.

Pasangan bahagia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Pasangan bahagia ini memberitahu yang tahun ini merupakan tahun paling bermakna buat mereka terutama dalam bidang perniagaan. Mereka turut bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada keluarganya.

Mercedes Benz hadiah Aeril untuk Wawa.
Sebelum ini pada 3 Jun lalu, Aeril Zafrel membuat kejutan istimewa untuk isterinya dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam. Hadiah itu juga bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu. Kata Aeril juga, hadiah sebab selama ini menjaga dirinya dan tak pernah mengeluh menjaga anak-anak.

Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga. Wawa Zainal dengan Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata comel, Ahmad Fakhruddin Attar (5 tahun) dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa (3).

Wawa bersama ana-anak…