“Saya OK, Alhamdulillah, Terima Kasih”- FARID KAMIL Ditahan Reman Sehari Lagi

PELAKON dan pengarah terkenal Datuk Farid Kamil Zahari, 37, diputuskan tahanan reman sehari lagi oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas perbicaraan selesai sekitar pukul 12.40 tengahari, Isnin.

Farid yang berjalan keluar dari kamar perbicaraan reman hanya tersenyum sambil mengatakan, “saya okey. Saya sihat. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua pihak dan juga para peminat yang mendoakan saya,” ujarnya.

Turut berada sama di kompleks mahkamah tersebut ialah dua adik lelaki beliau, Fadzil Zahari serta Dr. Anis Anwar Zahari.

Dua adik lelaki beliau, Fadzil Zahari serta Dr. Anis Anwar Zahari.

Keputusan tambahan sehari lagi tahanan reman itu setelah tempoh empat hari reman tamat hari ini adalah bagi membantu siasatan kes berhubung ujian urin positif ganja.

Farid sebelum ini ditahan reman atas dakwaan mengasari seorang anggota polis trafik serta dua orang awam di Balai Polis Kota Damansara pada Khamis, 11 Januari.